Muzik video Forevermore_(lagu_Yuna)

Penerbitan

Muzik video "Forevermore" diterbitkan oleh 33.3 Creative[4] dan difilemkan di 11 lokasi di Malaysia termasuk Kuala Lumpur dan Perlis.[5][6] Ia diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair, menurut Yuna: "Ini pengalaman yang sangat istimewa untuk saya kerana ia diarahkan oleh suami saya. Walaupun kami berdua dari Malaysia, kami datang dari pelbagai negara dan Perlis agak asing dengannya, jadi dia berjaya menawan keindahan dalam perkara paling mudah di sana."[2]

Yuna menyifatkan video muzik itu sebagai "gambaran fantasi kenangan zaman kanak-kanak saya", dan ia termasuk urutan yang difilemkan di Stadium Shah Alam, Batu Caves, kedai runcit, sekolah lama, dan juga generasi pertama Proton Saga.[7] Stesen minyak lama juga dijadikan lokasi penggambaran.[2][8] Muzik video "Forevermore" menjadi trending di carta 15 di YouTube dan mencatat hampir 1 juta lebih penonton sejak dikeluarkan.[9]

Yuna menulis di laman Instagram beliau bahawa muzik video "Forevermore" ditujukan kepada semua stesen mintak di bandar kecil di Malaysia utara.[10] Untuk menjayakan muzik video ini, Yuna menari buat kali pertama dan mengikuti kelas tarian hip hop yang pertama bersama dengan Karma yang dikenalinya di Los Angeles.[11][12]

Sinopsis

Muzik video "Forevermore" dimulakan dengan adegan sebuah stesen minyak lama dengan sebuah kereta berhenti di situ dengan iringan daripada lenggok syair. Kemudian muncul pula Yuna yang duduk di luar kereta dan kredit awal lagu dengan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil menyusul.

Di adegan seterusnya, Yuna bersama empat penarinya melakukan tarian di hadapan Stadium Shah Alam, yang diikuti oleh adegan Songket merah, sawah padi, penunggang motosikal, Makcik pegang kipas sate, rumah kampung dan kedai runcit.

Sambutan

Sejak pelancarannya, muzik video "Forevermore" telah mencatatkan sebanyak lebih 1.3 juta tontonan.[11] Malah, paparan kereta nasional Proton Saga, panorama bendang di Perlis dan wajah masyarakat berbilang kaum di Malaysia pantas menjadikan video muzik ini juga menjadi sohor kini di media sosial.[13]

Rujukan

WikiPedia: Forevermore_(lagu_Yuna) http://www.utusan.com.my/hiburan/ini-kan-rumah-say... http://www.rim.org.my/main/images/stories/RIM/Char... https://www.bandwagon.asia/articles/yuna-shows-off... https://itunes.apple.com/bn/album/forevermore-sing... https://www.hotnewhiphop.com/yuna-retreats-to-her-... https://hypebeast.com/2019/4/yuna-forevermore-offi... https://juiceonline.com/checkout-our-kween-yuna-za... https://www.malaymail.com/news/showbiz/2019/04/03/... https://open.spotify.com/album/1xyfMKTdotUdGmnC5B5... https://www.star2.com/entertainment/2019/04/05/yun...